sasa kina (mOchacino_ice) Offline

30 Happily married Female from Kuantan       109

Blog

alkisah :snicker:

Saya berada di sebuah restoran terkemuka diBangsar di mana tiba-tiba sahaja saya rasa tidak dapat lagi menahanuntuk melepaskan gas saya.
Ah... memang sudah terdesak sangat ni,tetapi orang di dalam restoran ini ramailah pula.

Dengan orangyang begitu ramai, termasuk awek-awek comel yang sedang makan danberbual-bual,
saya seperti sudah mati akal. Ini mesti hasil dari...
telur rebus separuh masak yang dimakan petang tadi ni. Lima biji saya hentam tadi.
Sah bau mesti hilang akal punya.

Sistem bunyi restoran itu pula memang sangat sangat kuat. Ini menambahlagi seksa derita saya.
Tiba-tiba, idea baik datang pada saya. Mengapasaya tidak lepaskan gas beracun saya ini semasa bunyi tengah kuat.
Mesti tiada yang perasan nanti. Timing kena baik ni.

Semasarentak muzik berbunyi kuat, saya pun tanpa segan lagi melepaskan bomsuper kentut gas beracun saya dengan
muka selamba macam tiada apa yangberlaku. Owh lega amat. Nikmatnya. Fuh... Mesti ada yang termuntah ni,hahaha,
tapi saya gelak dalam hati je.

Selesai sahaja minumnescafe ais saya tadi, saya dengan pantas bangun untuk balik. Orangramai semua tengok
saya dengan muka semacam. Awek tadi pun ada, bajubasah sebab muntah. Saya meraba telinga dan... arghhh...
rupanya sayatengah dengar walkman. Memang mampus kali ini.

mentol lampu

Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.
Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.


Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.


Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.


“Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?” jawab pesakit dengan nada marah.


“Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?” tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.


“Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..
Dia ingat dia tu mentol lampu!” jawab pesakit tadi.


“Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?” soal doktor lagi.


“Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?”..

mesej seorang kekasih kepada kekasih

Parempuan : Awk.. Kenape awk tak penah ajak sy tengk wayang atau keluar jalan2 macam pasangan lain?

Lelaki : Saje..

Perempuan : Saje ke atau awk malu nk kuar ngan sy?

Lelaki : Mana ada.

Perempuan : Kenape kita tak penah gayut malam2 macm pasangan lain?

Lelaki : Sebab sy nak jimat kredit..

Perempuan : Sampai hati awk kan? Kenape ye kwn sy panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awk tak pernah pun panggil saya ''sayang''?
Lelaki : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah..


--> Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat2 kekasihnya.. Beberapa minit kemudian dia menerima satu mesej..


Lelaki : Sy tak penah ajak awk kuar tngk wayang ngn jalan2 sbb nanti bila kita dah kahwin, awk takkan rasa boring nak kuar ngan sy dan sy nak saat tuh nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup sy.. Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Mcm2 boleh terjadi kan? Sy tak nak gayut ngn awk mlm2 bukan sebab sy nk save kredit ke ape tapi sy tak nak diri sy hanyut dengar suara merdu awk.. Biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akan lebih menghargainya.. Sy tak panggil awk sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya dan dpt menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.. Sy sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri..


Perempuan : Sambil menangis terharu berkata " terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu.. Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yg sah".. Islam itu Suci, jangan kita mencemarinya dengan maksiat

buruk peranagai :haha:

Seorang gadis menghadiri sebuah makan malam di rumah orang tu kekasihnya. Teruja bercampur gelisah kerana ini merupakan perjumpaan pertama dengan keluarga kekasihnya. Tambahan pula dia mahumemberikan tanggapan yang baik kepada bakal mertua. Maka duduklah mereka di sebuah meja makan sambil menikmati hidangan yang enak.


Beberapa saat kemudian si gadis mula berasa selesa akibat gugup yang keterlaluan. Tidak cukup dengan itu, sambal petai yang di makannya tidak begitu membantu. Setelah beberapa minit menahan kentut, akhirnya dia sudah tidak tahan lagi. Tidak mempunyai pilihan lain, dia memutuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar berasa lega.

Kentut itu tidak begitu nyaring tapi semua orang di meja makan mendengarnya. Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke kucing keluarga yang asyik berpusing - pusing di kaki si gadis. Dalam nada yang agak tinggi, si bapa menjerit, "Jack!".


Si gadis terfikir dirinya terselamat dan segaris senyuman menghiasi wajahnya. Beberapa minit kemudian, dia mula tidak merasa selesa lagi. Kali ini, tanpa segan silu dia melepaskan kentut dengan bunyi yang lebih kuat. Bapa kekasihnya kembali menatap kucing keluarga dan berteriak, "Cis, Jack !"


Sekali lagi si gadis tersenyum dan terfikir dia berja melepaskan diri. Selang seketika, si gadis perlu mengeluarkan angin lagi. Namun tanpa berfikir panjang, dia melepaskan angin begitu sahaja, lantas bunyinya begitu kuat sekali.


Sekali lagi bapa kekasihnya terpandang ke arah kucing keluarga dengan pandangan jijik dan menjerit' "Cis, Jack !!. Cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak di atas kamu".

love bite membahaya :D

LOVEBITE (gigitan cinta) adalah lebam sementara atau tanda tanda bewarna biru keungguan akibat perbuatan mencium, menghisap atau menggigit kulit dengan kuat sehingga kulit tertarik dan menyebabkan pecah darah di bawah kulit tersebut. Hickeys (lovebite yang terhasil) boleh kekal selama 4-12hari ditubuh seseorang dan kelihatan sama seperti lebam biasa. Tapi kalau dah lebam tu kat tengkuk tu faham faham je lah.

Secara umumnya, hickeys/lovebite boleh dihilangkan dengan meletakkan ais. Tapi sebenarnya, cara ni berkesan hanya untuk lovebite yang terhasil kurang dari 10minit. Untuk yang lebih dari 10 minit tu, gunalah trick berpakaian. Sama ada pakai shawl atau naikkan kolar baju tshirt.


Kenapa lovebite berbahaya?

Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.

ajaibnya air mata manusia

Air Mata ternyata mempunyai beberapa fungsi yang sangat ajaib, jadi siapa kata orang yang menangis terus air matanya kering? Justeru orang yang menangis mempunyai beberapa kelebihan akibat dari kesan yang ditimbulkan air matanya.


Siapa kata menangis tak ada gunanya? Akibat dari menangis yang terlalu lama akan membuatkan mata menjadi merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? Dapati fungsi air mata dan kesihatan mata anda. Dan menangislah kerana Allah Taala.


1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.


5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.


7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.

lawak ke bodohh ?? :|

Man: Din..!! Jom ikut aku g kebun.. aku nak tnjukkan ko satu benda..
Din: Ape benda nye man..?? Best sangat ke..??
Man: Ade satu benda pelik berlaku kat kebun aku..!!
Din: Ape dia..??
Man: Ko ikut jela..!!


Sesampainya di kebun si Man..


Man: Ko tengok ni din.. 2 bulan lepas aku tanam biji rambutan kat sini.. Tapi sekarang yang tumbuh Batang ubi Kayu..!!
Din: Eh yeke ni Man..?? Ko biar betul.. Ntah2 ko tanam biji rambutan tu kat tempat lain tak..??
Man: Tak Din.. Aku ingat.. sebab lepas aku tanam aku ada letak tanda..
Din: Ko letak tanda apa Man..??
Man: Aku ade cucuk batang ubi kat sini..
Din: Ape ke bengap ko ni Man..??